EPL 20/8/2013: Manchester City belasah Newcastle 4-0



MANCHESTER 20 Ogos - Manchester City membuka kempen Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila membenam Newcastle yang beraksi dengan 10 pemain 4-0 semalam.

City memperoleh gol menerusi David Silva, Sergio Aguero, Yaya Toure dan Samir Nasri, memusnahkan permulaan musim Newcastle yang tempang selepas pemainnya, Steven Taylor dibuang padang sebelum berakhir babak pertama. - Agensi


Sumber: Utusan

Mourinho mahu pastikan kemenangan ke atas United



LONDON - Selepas berjaya memastikan kemenangan sempena kepulangannya ke Chelsea Ahad lalu, Jose Mourinho perlu melakukan perkara yang sama apabila beraksi di tempat lawan menentang Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, hari ini.

Pengendali dari Portugal itu kembali ke Stamford Bridge Ahad lalu selepas enam tahun dan cepat menyesuaikan diri dengan rutin lamanya apabila menewaskan Hull City 2-0, sekali gus meneruskan rekod tanpa kalah skuad bimbingannya di tempat sendiri kepada 61 perlawanan.

Perlawanan tersebut menyaksikan Frank Lampard menjaringkan gol melalui sepakan bebas pada minit ke-25 namun skuad Mourinho perlu lebih mantap apabila bertemu Villa.

Villa mengejutkan Arsenal 3-1 di Stadium Emirates Sabtu lalu ketika Christian Benteke sudah mendapat sentuhan jaringan dan dilihat bersedia untuk membuang memori bergelut dalam zon penyingkiran musim lalu.

Lampard, salah seorang daripada lapan pemain yang pernah di bawah bimbingan Mourinho sebelum ini berkata, sasaran Chelsea musim ini adalah memberi cabaran dalam perebutan kejuaraan liga selepas menamatkan saingan musim lalu pada tangga ketiga dan keenam pada 2012.

"Saingan EPL sangat sukar sejak kebelakangan ini. Perlawanan menjadi semakin sengit dan pantas, jadi kami perlu sentiasa menang minggu demi minggu, itu yang perlu kami lakukan sekali lagi.

"Apa yang perlu kami tekankan di sini ialah Aston Villa baru sahaja menewaskan Arsenal kerana mereka begitu pantas dan memiliki barisan pemain yang muda, jadi kami tidak boleh biarkan begitu sahaja tanpa usaha," kata pemain tengah England berusia 35 tahun itu, yang meraih dua kejuaraan liga di bawah Mourinho pada 2005 dan 2006.

Mourinho mungkin melakukan penggiliran pemain kerana mereka bukan sahaja akan bertemu Manchester United Isnin depan tetapi selepas itu terlibat dengan perlawanan Piala Super UEFA di Prague pada 30 Ogos.

Juan Mata akan diberi peluang beraksi selepas hanya menghuni bangku simpanan ketika menentang Hull berikutan kecederaan buku lali manakala Romelu Lukaku atau Demba Ba dijangka membantu Fernando Torres pada bahagian serangan. - AFP


Sumber: Utusan

Kesan buruk jika wanita tidur dengan memakai bra


Bra merupakan pakaian dalam wanita yang sangat penting untuk menjaga tekstur serta bentuk payudara seorang wanita. 
Namun bra juga mempunyai kesan buruk bila dikenakan secara serentak dalam waktu yang lama bagi seorang wanita.

Apa saja akibat buruk mengenakan bra? Ketahui juga alasan kenapa banyak orang menyarakankan anda untuk tidak mengenakan bra ketika tidur.

1. berpeluh
Ada bra yang direka khas untuk tidur, dam bra tersebut diperbuat daripada bahan yang menyerap peluh seperti nilon dan kapas sehingga boleh membuat payudara'bernapas '. Tetapi jika anda mengenakan bra biasa apabila tidur, anda boleh berpeluh dan kawasan dada menjadi lembab. Menurut laman web The Teen Growth, keadaan ini boleh menyebabkan geseran sehingga menimbulkan ruam dan luka.

2. ketidakselesaan
Bra sehari-hari dibuat untuk menyokong payudara dan menjaga agar bentuknya tidak turun atau melorot. Laman The Teen Growth menulis bahawa 'daily bra' tidak direka agar selesa apabila tidur. Kawat bra yang meliuk-liuk saat tubuh berbaring boleh menusuk-nusuk kulit sehingga membuat kegatalan

3. insomnia
Berangkat dari ketidakselesaan bra sehari-hari yang dikenakan apabila berbaring boleh membuat anda merasa kesukaran tidur. Dan akhirnya, keadaan tubuh anda di pagi hari menjadi tidak maksimum. Teen Health menjelaskan bahawa kebiasaan tidur dengan memakai bra boleh memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan.

4. kanser Payudara
llmuan Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menggunakan bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian payudaradan wanita yang memakai bra mempunyai kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua-dua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Kedua ilmuwan tersebut mengatakan bahawa tidur adalah waktu yang tepat untuk merehatkan payudara dengan tidak mengenakan bra. Tak hanya merehatkan otot, saat tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (mengeluarkan racun). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imuniti (kekebalan tubuh).

Pertunjukan manipulasi kad daun terup paling cool!


Dari mana kad yang banyak tu datang sebenarnya? Adakah lelaki ni guna ilmu ghaib? Sebenarnya beliau langsung tidak menggunakan apa-apa ilmu ghaib. Yang ada hanya kepantasan dan kecekapan tangan untuk mengaburi mata penonton. Apa yang pasti, hasil sebegini tidak akan datang tanpa latihan melebihi setahun dua. 

Tips: Lihat pada permulaan video, kad pada setiap tangannya masih banyak. Pada saat pertama kali beliau membuang kad ke lantai, lihat hanya berapa keping yang jatuh. Tapi kad selebihnya berjaya disorokkan dari pandangan penonton dengan kecekapan tangannya mengalihkan perhatian orang ramai.

Padah kacau lelaki lembut, kan dah kena tu!


Mentang-mentang member tu jenis lelaki lembut, bukan main ni mamat ni duk buli dia. Sekali pintu jugak makan dia. Kan dah kena tu.

Serius lawak! Teka-teki paling susah


Teka-teki paling susah: Apakah bila naik pokok 4 kaki, turun pokok jadi 3 kaki?
Nak tahu jawapannya tengok la video ni sampai habis.

CCTV rakam aksi curi CPU letak celah kangkang


Sekarang heboh diperkatakan tentang taktik pencuri yang meletakkan barang curi tersebut dicelah kangkang atau dipanggil geng kangkang. Apa yang menariknya, modus operandi ini memerlukan seorang tarik perhatian tuan kedai manakala seorang lagi akan mencuri sesuatu barang dari kedai tersebut. Apa yang menariknya, setiap kes yang berjaya dirakam CCTV mendapati ianya dilakukan oleh seorang wanita sebabnya mereka memakai kain. Macamana pencuri ni boleh kepit sebuah CPU dan 1 karton tin arak dekat celah kangkang mereka?

AMARAN: DILARANG TIRU AKSI INI. BERDOSA!

Follow us on Twitter! Follow us on Twitter!
Replace this text with your message